KURSUS & LATIHAN


OBJEKTIF KURSUS

Sektor pembinaan merupakan satu sektor yang berpotensi untuk ditingkatkan keupayaannya. Dalam memastikan sektor ini mempunyai pekerja yang berkemahiran, PKK memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan dan pengetahuan kontraktor amnya dan kontraktor - kontraktor bumiputera melalui penganjuran kursus-kursus dan latihan
yang dapat membantu kontraktor.

Kursus ini meliputi aspek pengurusan syarikat, kewangan dan kemahiran teknikal. Keutamaan kursus ini diberikan kepada kontraktor kelas D, E dan F.

Kursus ini juga merupakan salah satu syarat bagi memperbaharui lesen yang mana kontraktor perlu menghadiri sekurang – kurangnya satu kursus anjuran PKK dalam tempoh 3 tahun terakhir sebelum tarikh luput Sijil Pendaftaran PKK.

No comments:

Post a Comment